Admiral Markets Ltd. menawarkan pelbagai pilihan kerjasama yang bermanfaat, pada setiap individu (Peniaga, Ejen, Pemilik Portal Web, dan individu-individu yang ingin menyertai program perkongsian ini) serta individu yang "sah" seperti (Syarikat, Organisasi dan Ahli-Ahli Perniagaan). "Kerjasama" merupakan aset yang paling penting di dalam menarik pelanggan yang baru atau pembangunan rangkaian pada setiap individu yang dinyatakan seperti diatas di Admiral Markets Ltd. Eropah dan juga Asia. Kami "Admiral Markets" juga menawarkan beberapa rumusan atau tips-tips yang sedia ada untuk sesuatu permulaan buat anda didalam bentuk perwakilan, pengetahuan/pendidikan atau penyertaan anda pada perniagaan pembrokeran, penggunaan infrastruktur, serta pengalaman daripada syarikat kami "Admiral Markets". Seterusnya "Kerjasama Perkongsian" yang munasabah disenaraikan seperti berikut:
Kepada yang ingin menyertai dan mempunyai sebarang pertanyaan akan Program Rakan Niaga dalam bentuk kerjasama yang lain-lain/berbeza, sila kemukakan e-mail kepada kami :info@forextrade.ee atau hubungi khidmat perkhidmatan pelanggan kami. Anda juga boleh mendaftar sebagai Wakil IB di Trader's Room anda.
1."Introducing broker" I.B
Program perkongsian Admiral Markets Ltd adalah disediakan pada seluruh individu-individu tanpa sebarang sekatan. Prinsip kerjasama seumpama ini adalah lebih mudah dengan hanya: melalui laman web anda, forum, sumber Internet, atau dengan Pemasaran secara langsung dan meluaskan segala maklumat tentang perkhidmatan dagangan internet kami "Admiral Markets". Program perkongsian "I.B" ini mudah iaitu dengan membawa pelanggan baru dan membuka akaun dagangan di Admiral Markets Ltd., setiap transaksi pada dagangan yang dibuat oleh pelanggan berikut, anda akan menerima komisen seperti yang tertera didalam perjanjian dua hala (sebagai contoh, ia mungkin: peratus daripada penyebaran "spread").
Organisasi kami membekalkan rakan kongsi dengan perkhidmatan "Back Office" yang cukup meluas, ianya termasuk laporan kenyataan perniagaan yang boleh didapati di "web", pip dan laporan komisen didalam mata wang, volum, dan laporan bayaran yang membolehkan anda mengetahui jumlah perdagangan dan keuntungan/kehilangan pelanggan-pelanggan anda dengan mudah. "I.B" hanya perlu menyatakan pelanggan baru yang disyorkan oleh mereka: dengan ini Admiral Markets Ltd. akan menyediakan anda hubungan rujukan (URL), pada setiap peralihan daripada IP-address yang mudah dan pendaftaran akaun perdagangan berikutnya akan diletakkan sebagai pelanggan baru dan tambahan untuk anda. Seterusnya kaedah-kaedah lain yang boleh memudahkan anda bagi mengenalpasti pelanggan yang anda bawa juga boleh dipertimbangkan.
2.Penubuhan pejabat/ejen/wakil di tempat anda. (Negara, Negeri dan Daerah)
Pada sokongan penuh atau separa daripada Admiral Markets Ltd, anda boleh membuka sebuah pejabat perwakilan daerah di dalam negara-negara di Asia atau Eropah yang mana kami akan membekalkan pelbagai jenis perkhidmatan daripada syarikat kami, sebagai contoh: persiapan pendidikan pada peniaga-peniaga baru untuk pasaran Forex, melaksanakan pelbagai kursus-kursus pendidikan dan seminar, rundingan, organisasi syarikat dan aktiviti-aktiviti publisiti dan sebagainya. Pejabat perwakilan juga perlu bertanggungjawab pada sebarang tarikan pelanggan yang baru dan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan sokongan mereka. Pihak kami juga boleh menyediakan Laman web Korporat perseorangan dan infrastruktur IT yang diperlukan, alatan pengajaran, buku dan sebagainya serta Admiral Markets Ltd juga boleh melaksanakan persediaan dan pensijilan bagi tenaga pengajar di pejabat perwakilan. Bergantung pada spektrum perkhidmatan yang disediakan, pejabat perwakilan harus dilengkapi dengan pengkomputeran yang sesuai. Pendaftaran akan sah pada individu yang telah disahkan.
3."White Label" untuk anda dan pelanggan.
Di dalam bentuk kerjasama "White Label" seperti ini, Admiral Markets Ltd. akan menyediakan anda dengan peralatan yang diperlukan dan perkhidmatan pada satu permulaan yang membuatkan anda berjaya di dalam perniagaan pembrokeran kewangan dagangan Forex internet mahupun pasaran kewangan yang lain. Anda juga akan menerima perisian yang khusus dan platform perdagangan asas MetaTrader 4 untuk pelanggan dan pekerja syarikat anda (dengan logo asal anda beserta syarat-syarat dan parameter dagangan terpilih). Admiral Markets Ltd akan bertanggungjawab pada integrasi platform perdagangan dan penterjemahan pada tanda kewangan dan berita pasaran untuk terminal dagangan. Kami juga akan menyediakan penyelengaraan keseluruhan pada perisian ini dan bahagian infrastruktur IT ini juga boleh ditubuhkan secara langsung di "servers" syarikat kami. Seterusnya, kami juga akan memberikan teknikal sokongan yang penuh bagi penggunaan perisian ini. Oleh itu, walaupun pada dasarnya anda dapat menjimatkan sumber wang dan masa dengan menerima perkhidmatan dagangan internet yang tersedia untuk anda dan pelanggan-pelanggan, malah sebenarnya, ia merupakan salah satu cara untuk anda menjadi broker berstatus tinggi didalam Forex dan pasaran-pasaran kewangan yang lain. Asas pelanggan yang ditubuhkan oleh syarikat anda dan semua kewangan yang dikaitkan, perundingan, soalan-soalan organisasi dapat diselesaikan diatas budi bicara anda sendiri.