Menyertai kelab kami
"Membangunkan kerjasama jangka panjang antara syarikat dan pedagang", pada 2007 kami telah mengasaskan Admiral Club™ dimana ia merupakan satu sistem insentif yang menjadikan penggunaan anda kepada kami adalah bermanfaat. Ianya mudah: Anda menjadi seorang ahli kelab, anda berdagang didalam pasaran kewangan dan akan mendapat mata bonus berkadar pada setiap transaksi tertutup. Seterusnya, mata yang terkumpul oleh anda boleh ditukarkan ke hadiah danb arangan yang telah disediakan oleh pihak kami.
- Untuk setiap 1.0 lot anda menerima 100 mata
- Untuk setiap 0.1 lot anda menerima 10 mata
- Untuk setiap 0.01 lot anda menerima 1 mata
Ahli-ahli Admiral Club™ akan dikira dengan mata bonus iaitu (pt). Anda akan menerima 100 mata untuk setiap lot genap (100 000 unit daripada satu mata wang asas) dagangan tertutup di Forex serta pada kontrak masa hadapan (Futures), logam berharga (Metals) dan CFDs (1000 saham). Keseluruhan urus niaga tertutup akan dipertimbangkan, oleh yang demikian mata bonus diberikan pada 0.1, 0.01 dan dimana-mana jilid perdagangan-perdagangan lain. Apabila anda terlah memperoleh satu jumlah mata tertentu, "mata-mata" anda boleh ditukarkan ke barangan dan hadiah-hadiah seperti berikut:
Ahli Emas (Golden Membership) - membolehkan anda menggandakan pendapatan "mata" bonus pada setiap dagangan (darab: x2). Untuk menyertai Ahli Emas (Golden Membership), anda perlu membeli kad Golden Admiral Club™ pada nilai 25'000 mata. Ahli-ahli emas juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50'000 mata terkumpul, sebelum status mereka dinaiktarafkan.
Ahli Perak (Silver Membership) - membolehkan anda untuk menggandakan pendapatan "mata" bonus setiap dagangan (darab: x1.5). Untuk menyertai Ahli Perak (Silver Membership), anda perlu membeli kad Silver Admiral Club™ pada nilai 10'000 mata. Ahli-ahli perak juga perlu untuk mempunyai sekurang-kurangnya 25'000 mata terkumpul, sebelum status mereka dinaiktarafkan. Ahli Perak (Silver Membership) boleh juga dinaik tarafkan ke Ahli Emas pada harga 15,000 mata, dengan hanya keperluan minimum 50,000 mata terkumpul, bagi akaun Admiral Club™.
Setiap status premium akan sah sehingga tamat tempoh tahun selepas pembelian kad Perak (Silver) atau Emas (Golden), dan akan tertakluk pada satu pembayaran berulang 10'000 atau 25'000 mata pada basis tahunan, masing-masing. Jika anda tidak ingin meneruskan premium ahli anda selepas tamat tempoh, anda akan dapat mata kelab dengan hanya syarat standard iaitu (darab: x1).
Terma dan syarat-syarat ahli
Bagi semua pelanggan Admiral Markets Ltd dengan akaun-akaun dagangan nyata, yuran untuk Admiral Club™ adalah percuma. Setiap anggota baru akan mendapatkan 500 mata bonus. Jika anda masih bukan seorang ahli Admiral Club™, jangan ragu-ragu lagi dan pohonlah segera di Trader Room kami.
Bagi pelanggan-pelanggan yang menghadiri kursus pendidikan Forex yang diatur oleh Admiral Markets Ltd, yuran untuk memasuki Admiral Club™ adalah percuma. Setiap pelajar kursus juga diberikan dengan 1000 mata bonus dan menerima satu akaun dagangan khas sebanyak 200 USD. Keuntungan yang diperolehi dari akaun ini boleh dipindahkan kepada mana-mana akaun dagangan nyata lain (maksimum keuntungan yang boleh dipindah tidak boleh melebihi 200 USD).
Kad Ahli Admiral Club™ dan pengiraan mata bonus
Keseluruhan mata bonus yang diperolehi pada dagangan anda dengan Admiral Markets Ltd perlulah dibelanjakan pada setiap tahun, di mana tempoh permulaan adalah tarikh pengaktifan kad keahlian anda.
Perdagangan-perdagangan tertutup dengan nilai P/L yang mutlak (dalam pips) yang kurang daripada 2 x penyebaran (spread) pada kontrak yang dilaras tidak akan mendapat mata untuk akaun Admiral Club.
Perdagangan-perdagangan yang ditutup didalam masa 15 minit setelah pembukaan tidak akan dapat mata untuk akaun Admiral Club. Penghantaran hadiah, boleh mengambil masa sehingga 2 bulan daripada masa pesanan anda. Admiral Markets mempunyai hak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah yang serupa, jika pengeluaran bagi hadiah yang dipesan telah ditamatkan.
Jika anda bukan seorang ahli Admiral Club™, anda boleh mendaftar sekarang di Trader Room dengan mengisi borang melalui online di bahagian “Admiral Club”. Sila letakkan alamat tinggal dan poskod (ZIP) kod yang akan digunakan untuk penghantaran kad anda. Kad keahlian anda akan dihantar melalui pos. Selepas sahaja menerima kad anda, sila aktifkan ia di Trader Room.
Jika satu Ahli Club berdagang dengan beberapa akaun secara serentak, mata bonus akaun diperolehi pada setiap akaun terkumpul pada kad Ahli perseorangan. Mata bonus yang diperolehi tidak boleh sama sekali dipindahkan ke ahli-ahli Admiral Club™ yang lain.
# Individu-individu yang disahkan (syarikat-syarikat) dengan akaun-akaun perdagangan korporat tidak boleh menjadi Ahli Admiral Club™.